Choose a track to play
Pergi jauh, pergi, pergi jauh
Kapal angkat sauh, lepas dari anduh
Pergi jauh, jauh
Pergi jauh, pergi, pergi jauh
Kapal angkat sauh, lepas dari anduh
Pergi jauh, jauh
Walau lain, beza pandangan, tapi tujuan sama haluan
Yang perlu cari ketentuan, sama juga dengan keredhaan
Sedar ilusi serta realiti, rancang perkara dengan teliti
Tahu mana motif, motivasi, motto hidup panduan diri
Kekangan itu pasti ada, pasti dari ujiannya
Jalannya perlu terang supaya hadap dengan tenang
Nyata jauh perjalanan, lagi luas pemandangan
Buka mata dan lihat, alam Tuhan kian pesat
Hujan batu di negeri sendiri, negeri orang lain rezeki
Lagi kerah kudrat diri, berusaha itu pasti
Tetap ikhtiar semua perkara, tetap tawakal apa dah usaha
Senjata manusia adalah doa, nikmat yang mana mahu kaudusta? Eh
Ada angin mesti ada pohon
Takkan dering jika tiada telefon
Pejam celik, tak nampak bayang
Silap hari kan terlepas pandang
Pergi jauh, pergi, pergi jauh
Kapal angkat sauh, lepas dari anduh
Pergi jauh, jauh
Pergi jauh, pergi, pergi jauh
Kapal angkat sauh, lepas dari anduh
Pergi jauh, jauh
Mencari tanda noktah tiada berpenghujung
Masih lagi barakah dari semua terulung
Skill masih kuasah, masih lagi mendayung
Moga takkan patah, segala hasil menggunung
Biar zahir ukir tawa walau batin terluka
Dihirisnya perlahan, disiat ketajaman
Dalamnya ketakutan, isinya perubahan
Inginkan kedamaian, keliru dengan pilihan, oh
Selagi nyawa dikandung badan
Agi idup, agi ngelaban
Jangan pernah putus harapan
Yang patah tumbuh, hilang berganti
Yang beda cuma langit dan bumi
Sakit boleh sembuh, tapi dengan izin
Sudah habis tempuh, lalu minta izin
Pergi jauh, pergi, pergi jauh
Kapal angkat sauh, lepas dari anduh
Pergi jauh, jauh
Pergi jauh, pergi, pergi jauh
Kapal angkat sauh, lepas dari anduh
Pergi jauh, jauh