Elige una pista para reproducir
Selamat pagi sayang
Hari kian siang dan mendatang (selamat pagi)
(Selamat pagi) ku tak ingin keseorangan (sayang)
Selamat pagi sayang
Minta disedekahkan sedikit senyuman
Selamat pagi sayang
Mungkin kau tak tahu yang aku kempunan
Mungkin tak tahu hidup aku kemiskinan
Kurang kecantikan, kurang keindahan
Senyummu sulaman terangkan yang suram
Tawamu tewaskan rasionalku tak keruan
Jangan pergi sayang
Kata kamu kita belum bersarapan
Jangan pergi sayang
Kata mama sudah siapkan santapan
Makan bersama, kau minta disuapkan
Sedikit bubur sayuran yang telah diuapkan
Kongsi sepinggan, kau di riba masih ringan
Cebik bibir dan berkata bila kamu ditinggalkan
Kasih, berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia (menghadap dunia)
Belai daku dengan mesra, oh-oh
Kerna itu saja yang daku pinta
Selamat pagi sayang
Aku dikejutkan kau beri senyuman
Buka mata sayang
Terus diingatkan yang ingin kulupakan
Ya, hari ini hari perkahwinan
Aku mewalikan kamu di dalam pernikahan
Atur caranya beres, rapi persiapan
Aku mengalukan, menantu dipersilakan
Jangan pergi sayang
Bisik hati aku yang mati-mati tak mahu
Jangan pergi sayang
Sepatutnya lelaki dalam hidupmu hanya aku
Sepatutnya kamu fikirkan aku selalu
Tapi hati kamu mahu apa hati kamu mahu
Apa aku mahu, aku ketepikan
Dengan janji kamu aku takkan kesepian
Kasih, berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia
Belai daku dengan mesra, oh-oh
Kerna itu saja yang daku pinta, oh-oh
Biar selamanya, oh-oh
Hanya kau dan aku (ku)
Bergerak (bergerak) perlahan (perlahban)
Menghenti masa
Kasih, berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia (menghadap dunia)
Belai daku dengan mesra, oh-oh
Kerna itu saja yang daku pinta
Biar selamanya
Selamat pagi