Elige una pista para reproducir

Bismillahirrahmanirrahim
Maka dengan ini
Saya mengisytiharkan
Esok puasa
Sahur
Sahur
Hari pertama sambut puasa
Penuh semangat
Awal sedia lauk terhidang
Makan tak ingat
Selepas Subuh konon nak lelap
Tapi tak sempat
Di tempat kerja mula tak larat
Tetap kena kuat
Sebulan kita
Berpuasa
Menyambut tiba
Ramadan mulia
Marilah kita iftar
Belum
Berbuka
Selepas Zohor perut keroncong
Sampai terlena (Allahuakbar)
Terdengar azan pantas terjaga
Hati berbunga (Allahumma lakasumtu)
Ingatkan Maghrib malangnya bukan
Asar rupanya (Hehe)
Singgah dibazar sebelum pulang
Banyak belanja (Amalan syaitan)
Janganlah kita
Berlebih lebihan
Infaqlah pada
Yang kekurangan
Sungguh nikmatnya waktu berbuka
Usai berbuka dah macam ular sawa
Jangan terlepas Maghrib tak tunggu kita
Isya' dan tarawih di masjid bersama
Sebulan puasa
Bermacam ragamnya
Muda dan tua
Yang kuat imannya
Teguh berpuasa
Yak-yak-yea pula mencari teman sendawa
Ramadan mulia
Kita berpuasa
Bukan sekadar tahan lapar dahaga
Inilah bulannya
Mencari reda
Yang Maha Esa
Ramadan bulan yang mulia
Selamat kita berpuasa