Оберіть трек для відтворення
Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta
Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar pahit yang Kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha
Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya, Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa, Kau jelaskanlah
Istikharah, istikharah
Pada-Mu ya Tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru (lepaskan aku ya Allah)
Istikharah, istikharah
Demi nama-Mu, ya Allah
Aku sujud penuh merendah
Berikan aku jawapannya (berikanlah jawapannya)
Biar sakit, biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku
"Ya Rahman, seandainya dialah paling terbaik buatku
Kau bukakanlah ruang hatiku untuk menerimanya
Namun seandainya dia bukanlah untukku
Maka Kau lapangkanlah hati kami untuk menerima takdir-Mu
Sesungguhnya petunjuk dari-Mu adalah yang terbaik buatku
امين يا ارحم الراحمين"
Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya, Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa, Kau jelaskanlah
Istikharah, istikharah
Pada-Mu ya Tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah, istikharah
Demi nama-Mu, ya Allah
Aku sujud penuh merendah
Berikan aku jawapannya (berikanlah jawapannya)
Biar sakit, biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku
Oh-oh-oh, ya Allah (istikharah)
(Oh-oh-oh), Ya Allah